Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Apabila kita menyebut tentang bolasepak Malaysia bermula tahun 2000 hingga 2011 tampak suram. Walaupun begitu pada tahun 2009 terdapat satu pasukan negeri yang telah menunjukkan satu lonjakkan di dalam dunia bolasepak Malaysia iaitu Pasukan Kelantan. Bermula dari sini kita dapat melihat kegairahan penyokong kelantan membanjiri stadium dan sehingga saat ini gelora kelantanisme masih lagi menyusur di seluruh negara. Seharusnya kita perlu berbangga dengan Kelantan FA kerana mempunyai seorang tokoh presiden bolasepak yang sangat dikagumi ramai iaitu Tan Sri Annuar Musa (TSAM).
TSAM telah banyak merubah lanskap bolasepak Malaysia melalui Kelantan FA, kejayaan kelantan yang memenangi piala secara treble pada 2012 telah melonjakkan lagi semangat bolasepak Kelantan sehingga pelbagai penaja hadir memberi suntikkan dana kepada Persatuan Bolasepak Kelantan.
Pasukan Kelantan 2012 |
Legasi yang dilakukan oleh Kelantan masih lagi tidak mampu membuka mata persatuan bolasepak lain untuk meneruskan perubahan sepertimana yang dilakukan oleh kelantan. Pada masa itu, kita merasakan hanya kelantan sahaja yang mendominasi liga Malaysia ini. Pada saat itu juga terdapat beberapa pasukan yang telah menunjukkan beberapa perubahan dan peningkatan yang mendadak iaitu Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah kendalian B Sathianathan. Melalui perlaburan yang besar, pihak ATM telah mengikat beberapa pemain kebangsaan seperti Aidil Zafuan, Zaqua Adha, Hairuddin Omar, Shukor Adan dan Rizal Zambery Yahya. Tetapi ianya masih lagi belum mampu membuka mata persatuan lain untuk terus membuat perlaburan di dalam dunia bolasepak.
![]() |
Tunku Ismail |
Pada penghujung 2012, pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah melantik Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Melalui perlantikkan ini maka bermulalah satu legasi baru yang merubah lanskap bolasepak Malaysia. Dengan perlaburan yang besar maka pihak PBNJ telah melakukan beberapa perubahan drastik dari segi pengurusan, perkhidmatan dan struktur pasukan. TMJ telah membentuk 2 pasukan utama di dalam liga Malaysia yang dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim FC dan Johor Darul Ta'zim 2 selain itu terdapat Johor Darul Ta'zim 2 Bawah 21 sebagai pelapis kepada skuad JDT dan JDT2. Kesungguhan PBNJ tidak perlu dipersoalkan apabila berjaya mengikat bekas pemain kebangsaan Spanyol iaitu Daniel Guiza. PBNJ juga mengikat beberapa orang pemain yang mempunyai skill yang tinggi seperti Semone Del Nero, Nunez, Adrezinho dan Orlando. Selain pemain antarabangsa pihak PBNJ juga berjaya mengikat hampir keseluruhan pemain kebangsaan untuk menyertai JDT seperti Mat Yo, Safee Sali, Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan ramai lagi.
JDT 2013 |
Dari segi perkhidmatan dan infrastruktur khasnya Stadium Larkin telah dilakukan beberapa perubahan dan penambahbaikkan. Perubahan yang dilakukan ini adalah mengikut piawaian antarabangsa seperti yang dilakukan oleh beberapa kelab ternama di eropah.
Legasi Bolasepak Johor telah berjaya membuka mata kepada seluruh kepimpinan negeri khususnya perlaburan di dalam dunia bolasepak. Langkah yang dilakukan oleh JDT telah memperlihatkan bahawa sukan bolasepak adalah satu sukan yang mampu menjana pendapatan sesebuah persatuan. Maka dengan itu, beberapa pasukan telah menunjukkan minat yang tinggi di dalam melakukan persaingan di dalam liga Malaysia antaranya Felda United, PDRM, Perak FA, Kedah FA, Penang FA, Sarawak FA, Melaka FA, Pahang FA, Terengganu FA, TTeam dan banyak lagi.
Dengan peningkatan yang mendadak sehingga wujudnya pelbagai kelab-kelab penyokong yang dikenali sebagai ULTRAS telah menunjukkan bahawa sukan bolasepak adalah sukan No.1 di Malaysia. Oleh itu, bagi meningkatkan mutu liga Malaysia seharusnya para penyokong elakkan melakukkan provokasi yang melampau sehingga menimbulkan pertelingkahan antara penyokong. Kita harus sedar, dunia melihat liga kita dan andai liga kita dicemari dengan insiden yang memalukan maka kita sendiri yang menanggung malu. Walaupun ada segelintir mahukan perubahan pada FAM tetapi kita janganlah sanggup menjatuhkan imej bolasepak kita. Sokonglah pasukan tanpa prajudis tanpa provokasi kerana kita dunia luar menghormati kita kerana ketinggian adab dan budi. Bolasepak untuk semua.
No comments:
Post a Comment