Sunday, May 4, 2014

SUKU AKHIR PIALA FA 2014


Bahang telah dirasai oleh seluruh rakyat Johor tidak kira di mana mereka berada dan kini kemunculan beberapa pemain baru yang telah diserap masuk ke dalam pasukan JDT akan memperkuatkan jentera pertahanan dan serangan JDT. Pertemuan di antara JDT dan Pahang telah menjadi satu pertemuan epik yang sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pahang telah berjaya mengalahkan JDT di dalam saingan liga super dengan keputusan 3-2 sepertimana yang berlaku pada tahun sebelumnya. 
Kini, telah tiba masanya misi membalas dendam ke atas kekalahan tersebut ditebus dan Pahang juga mempunyai misinya yang tersendiri iaitu menebus kekalahan di dalam saingan separuh akhir Piala FA 2013, apabila kekalahan yang memeritkan melalui jaringan di tempat lawan. Jadinya, kedua-dua pasukan ini akan bertungkus lumus memastikan bahawa malam ini akan menjadi detik yang mengembirakan bagi pasukan dan penyokong.

Kedua-dua penyokong samada dari Ultras Elephant Army dan Boys Of Straits (BOS) akan terus mengerunkan pasukan lawan dengan chant-chant yang akan meningkatkan semangat dan suntikan kepada pemain-pemain di atas padang. Stadium Larkin akan bergema diserata Johor Bahru, pekikkan gempita bunyian drum dan sorakkan yang tidak berhenti akan menambahkan kemeriahan pada malam ini. Apa yang diharapkan oleh Presiden PBNJ (Tunku Ismail) adalah pemuafakatan dan persaudaraan di antara penyokong. Biarlah menjadi seteru di dalam masa 90 minit di dalam stadium tetapi tidak diluar stadium, semangat 'Football is Brotherhood' perlu diterapkan di dalam diri setiap penyokong bolasepak.
Barisan kejurulatihan JDT akan menurukan pemain baharu iaitu Diaz (Midfelder) dan Antonio (Defend) kerana pihak JDT telah mengenalpasti beberapa kelemahan dan kelebihan pihak lawan. Diaz akan berfungsi sebagai pengucar-kacir bagi pertahanan lawan bagi membuka ruang kepada Mat Yo dan Luciano mencetak gol, manakala Antonio pula sebagai pelengkap barisan pertahanan JDT khususnya bagi mengekang asakan pihak lawan samada daripada Conti ataupun Dickson.
Diaz & Antonio
Secara amnya, line-up kedua-dua pasukan adalah sama kuat dan mempunyai kelebihan tersendiri. Kemungkinan corak pemainan lebih kepada kondisi menyerang dan counter attack. Oleh itu, langkah berhati-hati perlu diambil kerana pemain Pahang mempunyai kemahiran sepakan percuma yang mengelirukan dan mereka juga mempunyai pemain yang laju seperti Gopinathan. Melalui aturan dan taktikal yang akan diterapkan oleh Bojan Hodak maka kita percaya bahawa corak menyerang akan ditekankan sepertimana apa yang dilakukan oleh Pasukan Croatia. 
Andrezinho berjaya menjaringkan gol kemenangan pada Piala FA 2013

Diharapkan, pertemuan epik ini akan memberikan kemenangan selesa kepada Johor Darul Ta'zim seterusnya membawa bekalan selesa ke SDM pada 30 Mei 2014.

No comments:

Post a Comment