Tuesday, May 6, 2014

APA CERITA NI??

Matias Conti
Damion Stewart
Dickson Nwakaeme

Apa cerita?

Adakah dibenarkan 3 pemain import bukan dari asia bermain secara serentak di dalam satu game? perkara ini terjadi di Pahang FA dan mengapa pasukan lain tidak melakukan hal sedemikian sepertimana pahang? pasukan lain masih akur dan taat di atas peraturan yang dicipta oleh FAM tetapi tidak pahang. Hebat sangat ke pahang ni sehinggakan peraturan FAM pun boleh dipermainkan? ataupun kerana FAM takut nak ambil tindakan ke atas pahang hanya kerana presiden FAM adalah sultan pahang? jadilah badan yang profesional dan telus. Tapi jika peraturan pemain itu telah dipinda semula maka maklumkanlah kepada akhbar atau media agar semua penyokong tahu mengenai hal ini.

Profesional
Laungan persatuan dan pemain perlu bersikap profesional.. bagaimana pula dengan anda wahai FAM? adakah anda juga turut profesional? mungkin ada beberapa bahagian anda seorang profesional tetapi di dalam beberapa bidang anda menunjukkan kelemahan anda. Isu utama yang sering diwar-warkan oleh pihak media dan pengkritik adalah MUTU PENGADILAN. Usah menjawab bahawa FAM tiada peruntukkan yang mencukupi untuk menaiktaraf mutu pengadilan. Cara anda seperti melepas batuk ditangga, setiap sukan ada pengadilan dan bolasepak adalah sukan No.1 dunia dan sepatutnya anda perlu memberikan lebih perhatian kepada mutu pengadilan di dalam Liga Super dan Liga Perdana. Dahulunya anda boleh ketawa dan bersikap sambil lewa tetapi tidak sekarang. Penyokong mula buka mata dengan kebangkitan bolasepak Malaysia, dunia semua sudah maklum tentang bolasepak Malaysia. Malang dan malanggg.. anda masih lagi ditakuk yang lama, tidak berani melakukan perubahan. Sehinggakan Menteri Belia & Sukan (KJ) terpaksa melakukan sesuatu yang drastik dan perubahan bagi memantapkan mutu bolasepak Malasyia dengan menubuhkan Akademi Bolasepak Negara. Apa tujuannya? tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan bolasepak Malaysia berada di atas landasan yang betul setanding dengan negara-negara luar.

Mengapa ada slogan "FAM Bangsat"
Sedarlah FAM, ultras malaya bukanlah persatuan tahi kucing di mana anda bisa memperkotak katikkan mereka. Ultras Malaya ini meliputi gabungan daripada beberapa ultras di Malaysia seperti BOS, GB13, EA, Ultras Tamingsari, Ultras City Boys, Ultrasel dan sebagainya. Pengikut mereka tidak perlu dikira dengan jari kerana mereka amat ramai dan sentiasa menghabiskan masa hanya semata-mata ingin melihat perubahan di dalam FAM. Mereka ini teringin sangat melihat nama Malaysia tersenarai di dalam Piala Dunia.. dahulu FAM pernah menyuarakan sasaran Piala Dunia 2014.. tapi hanya retorik semata-mata. Macamanalah anda tidak dibangsatkan oleh semua ultras. Bila ditanya, anda akan mendabik dada sambil berkata kami lebih tahu bolasepak daripada anda. Memang benar anda tahu bolasepak daripada kami tetapi pengetahuan kamu itu belegar di era 70an dan 90an.. langsung tiada anjakkan paradigma. Jika anda ingin melihat bolasepak Malaysia ini maju ke hadapan, andalah yang perlu ke hadapan.

Pemilihan Presiden FAM
Tepuk dada tanya sama itu hud-hud.. anda lebih mahir dalam bab memilih. Jika yang dipilih adalah kertas yang tidak bernilai maka coraknya juga tiada nilai. Andai anda memilih atas dasar kemajuan dan kekuatan maka kejayaan akan hadir. Ada yang hadir mencabar, bukan gila jawatan tetapi ingin mengambil jawatan daripada orang yang gilakan jawatan. Cukuplah, jika masih lagi ditakuk yang lama.. tiada apa yang boleh dibacarakan. Anda lebih mengetahui kerana anda lebih matang dengan dunia bolasepak daripada kami...

Majulah Bolasepak Untuk Rakyat Malaysia

No comments:

Post a Comment