Tuesday, May 6, 2014

BOIKOT UTUSAN?

"Lidah kalau bicara bisa membunuh.."



Utusan Melayu dengan tanpa mengambil kira senstiviti rakyat Johor.. kau berani banned penyokong Johor.. apa kau pikir kau siapa? Jangan jadi bangsat boleh tak? Aku nak tanya kau.. insiden bas pecah semasa 7 Feb di SDM ada kau buat laporan? ada kau buat hebahan? yang aku tengok.. semuanya diletakkan atas nama JDT.. profesional la sikit bila nak buat laporan.. suka-suka kau nak banned penyokong Johor.. kejadian di Larkin hari tu takde pulak dengar Bas kena pecah.. penyokong menyuarakan ketidakpuas hati mereka dan aku akui.. sikap segelintir penyokong JDT juga ada yang macam mengarut tapi apa yang mereka buat itu bersebab. 
Taulah pahang tu anak emas FAM.. maklumlah FAMhang.. tapi janganlah buat kami ni macam takde perasaan. Kami layan anda dengan baik dan jangan anda layan kami persis melepas anjing yang tersepit. Kadang-kadang pencetus kepada permusuhan ini adalah daripada Media.. kalau media ini menjadi alat penghubung silaturrahim.. aku salute.. tapi kalau media ni jadi alat penabur fitnah.. pembakar semangat permusuhan.. maka WAJIB kita boikot media ini.
Aku sangat tak setuju dengan apa yang dibuat oleh utusan melayu ini...SO ANDA ADA MASA MENARIK BALIK DESIGN ANDA INI.. JIKA TIDAK.. SELURUH RAKYAH JOHOR AKAN MEMBOIKOT ANDA!!
BOIKOT!

Engkau tu Pemain Bola bukan Pencuri!

Episod yang sangat memalukan lagi apabila telah berlaku kecurian di dalam pasukan JDT yang melibatkan pemain JDT sendiri. Apa sudah jadi dengan pemain ini? sanggup mencuri duit pemain lain, bukannya sedikit tetapi banyak tu.. RM500.00. Agak-agaklah kalau nak buat kerja kotor pun, ingatlah hukuman akibat mencuri.. jangan pikir hukuman dunia tetapi pikir hukuman akhirat juga. Kau tu budak lagi, baru nak up.. dah kau buat hal.. muda-muda dah nak mencuri.. mana perangai la yang kau ikut tue.
Sayang seribu kali sayang, kau mempunyai bakat yang sangat bagus.. larian pantas dan teknik mengawal bola yang baik. Tapi sayang.. perangai kau tak serupa macam corak permainan kau. Apabila sudah terkantoi maka alamatnya.. habislah periuk nasi kau. Pihak pengurusan JDT juga telah melucutkan status pemain JDT kau dan kini polis sedang membuat siasatan dan aku percaya silap hari kau akan meringkuk ke dalam penjara. So, lepas ni kau boleh training dalam penjara.. insyaAllah bila kau keluar nanti.. kau akan menjadi pemain yang hebat.
Gaji boleh tahan tapi perangai tak boleh tahan.. atau kau ni kaki enjoy.. kaki joli.. kaki kelabing?? gaji kau dah boleh cover makan minum kau.. boleh bayar kereta lagi. Betullah KEBERKATAN.. kalau duit gaji yang kau dapat.. kau campak kat tempat maksiat.. memang tidak akan pernah cukup. So, cukup cukup cukup sudah.. cukup sampai di sini saja...
Siapakah pencuri itu.. ada di dalam gambar ini... Cer teka?


APA CERITA NI??

Matias Conti
Damion Stewart
Dickson Nwakaeme

Apa cerita?

Adakah dibenarkan 3 pemain import bukan dari asia bermain secara serentak di dalam satu game? perkara ini terjadi di Pahang FA dan mengapa pasukan lain tidak melakukan hal sedemikian sepertimana pahang? pasukan lain masih akur dan taat di atas peraturan yang dicipta oleh FAM tetapi tidak pahang. Hebat sangat ke pahang ni sehinggakan peraturan FAM pun boleh dipermainkan? ataupun kerana FAM takut nak ambil tindakan ke atas pahang hanya kerana presiden FAM adalah sultan pahang? jadilah badan yang profesional dan telus. Tapi jika peraturan pemain itu telah dipinda semula maka maklumkanlah kepada akhbar atau media agar semua penyokong tahu mengenai hal ini.

Profesional
Laungan persatuan dan pemain perlu bersikap profesional.. bagaimana pula dengan anda wahai FAM? adakah anda juga turut profesional? mungkin ada beberapa bahagian anda seorang profesional tetapi di dalam beberapa bidang anda menunjukkan kelemahan anda. Isu utama yang sering diwar-warkan oleh pihak media dan pengkritik adalah MUTU PENGADILAN. Usah menjawab bahawa FAM tiada peruntukkan yang mencukupi untuk menaiktaraf mutu pengadilan. Cara anda seperti melepas batuk ditangga, setiap sukan ada pengadilan dan bolasepak adalah sukan No.1 dunia dan sepatutnya anda perlu memberikan lebih perhatian kepada mutu pengadilan di dalam Liga Super dan Liga Perdana. Dahulunya anda boleh ketawa dan bersikap sambil lewa tetapi tidak sekarang. Penyokong mula buka mata dengan kebangkitan bolasepak Malaysia, dunia semua sudah maklum tentang bolasepak Malaysia. Malang dan malanggg.. anda masih lagi ditakuk yang lama, tidak berani melakukan perubahan. Sehinggakan Menteri Belia & Sukan (KJ) terpaksa melakukan sesuatu yang drastik dan perubahan bagi memantapkan mutu bolasepak Malasyia dengan menubuhkan Akademi Bolasepak Negara. Apa tujuannya? tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan bolasepak Malaysia berada di atas landasan yang betul setanding dengan negara-negara luar.

Mengapa ada slogan "FAM Bangsat"
Sedarlah FAM, ultras malaya bukanlah persatuan tahi kucing di mana anda bisa memperkotak katikkan mereka. Ultras Malaya ini meliputi gabungan daripada beberapa ultras di Malaysia seperti BOS, GB13, EA, Ultras Tamingsari, Ultras City Boys, Ultrasel dan sebagainya. Pengikut mereka tidak perlu dikira dengan jari kerana mereka amat ramai dan sentiasa menghabiskan masa hanya semata-mata ingin melihat perubahan di dalam FAM. Mereka ini teringin sangat melihat nama Malaysia tersenarai di dalam Piala Dunia.. dahulu FAM pernah menyuarakan sasaran Piala Dunia 2014.. tapi hanya retorik semata-mata. Macamanalah anda tidak dibangsatkan oleh semua ultras. Bila ditanya, anda akan mendabik dada sambil berkata kami lebih tahu bolasepak daripada anda. Memang benar anda tahu bolasepak daripada kami tetapi pengetahuan kamu itu belegar di era 70an dan 90an.. langsung tiada anjakkan paradigma. Jika anda ingin melihat bolasepak Malaysia ini maju ke hadapan, andalah yang perlu ke hadapan.

Pemilihan Presiden FAM
Tepuk dada tanya sama itu hud-hud.. anda lebih mahir dalam bab memilih. Jika yang dipilih adalah kertas yang tidak bernilai maka coraknya juga tiada nilai. Andai anda memilih atas dasar kemajuan dan kekuatan maka kejayaan akan hadir. Ada yang hadir mencabar, bukan gila jawatan tetapi ingin mengambil jawatan daripada orang yang gilakan jawatan. Cukuplah, jika masih lagi ditakuk yang lama.. tiada apa yang boleh dibacarakan. Anda lebih mengetahui kerana anda lebih matang dengan dunia bolasepak daripada kami...

Majulah Bolasepak Untuk Rakyat Malaysia

Monday, May 5, 2014

JDT vs Pahang - Separuh Akhir Pertama Piala FA


Nampak gayanya, aksi yang dipamerkan oleh pemain-pemain JDT di dalam Separuh Akhir Pertama di Larkin tidak mengecewakan namun startegik serangan perlu lebih kreatif dan kurangkan 'selfish' di hadapan pintu gol.
Bojan Hodak

'Bojan Hodak'
Penguasaan bola lebih memihak kepada pasukan tuan rumah dengan mencapai 73% daripada keseluruhan permainan. Pahang juga berjaya menimbulkan huru hara di hadapan pintu gol tuan rumah melalui 'counter attack' yang sangat tersusun. JDT menurunkan Macros Antonio untuk mengekang Dikcson Nwakame namun 'orang besi' pahang masih mampu mengawal dan membuat cubaan on shot ke gawang JDT. Pertahanan JDT tersebut perlu meningkatkan study mengenai kelincahan dan kekentalan Dickson Nwakame serta perlu mengemaskan lagi corak pertahanan khususnya semasa sepakan percuma daripada pihak lawan. Taktikal yang diterapkan oleh Bojan Hodak dan Magic telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan bahkan setiap penyokong amat terhibur dengan taktikal ala Croatia tersebut. Ternyata, Attacker System amat berkesan kepada JDT di dalam penguasaan bola daripada taktikal tiki taka oleh Jiminez Cesar. Namun, kedua-dua corak permainan ini mempunyai kelebihan masing-masing di mana, corak tiki taka oleh Jiminez akan membantu pasukan membina kolaborasi yang baik di antara pemain, namun ia memerlukan jangka masa yang lama bagi membinanya sehubungan dengan itu, amat tepat Jiminez membina kaedah tersebut melalui JDT2.

'Selfish'
Masih terdapat lagi pemain-pemain JDT yang bertindak selfish ketika berada di gawang gol lawan, antaranya Nazrin Nawi, Mat Yo, Amri dan Mahali Jasuli. Walaupun, terdapat peluang yang boleh menghasilkan gol namun congakkan hendaklah tepat dari segi sudut, ruang dan cara sepakan. Jika peluang menghasilkan gol adalah 40/60 maka seharusnya mencari rakan yang mempunyai peluang 60/40 untuk menghasilkan gol. Langkah yang diambil oleh pemain-pemain JDT adalah positif bagi barisan jurulatih kerana jika ada peluang, terus ledakan gol. Apapun, pemikiran dan corak permainan Luciano hendaklah dijadikan contoh dan ikutan oleh semua pemain tempatan. Mat Yo membuat larian solo, tapi apakan daya akhirnya terjatuh juga ke tanah kerana tiada keseimbangan badan, jika Mat Yo melihat rakan yang telah membuat larian backup seperti yang dilakukan oleh Amri Yahya maka itulah yang terbaik bermain secara 'one two'. Apapun, pada perlawanan akan datang, kurangkan selfish tingkatkan teamwork.

'Diaz kurang mendapat bola'
Kemasukkan Diaz pada minit ke 80' tidak menghasilkan apa-apa kejutan buat pemain lawan dan penyokong JDT. Beliau seorang pemain muda, apa yang perlu adalah pendedahan awal mengenai corak permainan bolasepak Malaysia. Tidak sama seperti Marcos Antionio kerana beliau seorang pemain yang mempunyai banyak pengalaman di kelab-kelab luar. Sepatutnya, Diaz dimasukkan pada minit ke 60' kerana secara psikologi para pemain perlu membina kepercayaan kepada pemain-pemain yang belum diuji kemahirannya. Dan 10 minit terakhir para pemain JDT tidak memberikan peluang dan ruang kepada Diaz menunjukkan aksinya di atas padang. Akibatnya, beliau ibarat dipinggirkan di atas padang, sedangkan pada saat itu asakan daripada pihak lawan bertalu-talu sehinngakan beberapa pemain hilang arah untuk membina strategi serangan.

'Safiq Rahim - Irfan Fazail'
Kedua-dua pemain ini mempunyai corak permainan yang hampir sama cuma yang membezakannya adalah pengalaman. Safiq Rahim tampak lebih garang dan lebih kreatif di dalam mencipta ruang kepada penyerang untuk membuat serangan. Hasilnya, jentera Midfileder JDT sangat mantap dan hidup ketika separuh masa pertama berlangsung. Irfan juga agak gugup dan defensif berbanding Safiq, dan lontaran bola yang dilakukan oleh Irfan boleh dikatakan mempunyai kelas tersendiri. Para pemain perlu membina komunikasi bagi membaca corak hantaran yang diberikan oleh Irfan. Secara keseluruhan, barisan tengah JDT amat baik dan harus diberikan pujian.

'Mutu Pengadilan'
Jelas nampak kekecewaan di wajah Presiden PBNJ (Tunku Ismail) di atas mutu pengadilan pada perlawanan tersebut. Banyak kelemahan yang didapati di dalam perlawanan tersebut sehinggakan kekasaran keras yang dilakukan oleh Damion ke atas Mahali tidak berikan sebarang kad. Apabila mutu pengadilan berada di bawah tahap kritikal maka ia akan membimbangkan kepada para pemain untuk turun beraksi kerana jaminan keselamatan mereka di atas padang tidak meyakinkan. Penyokong mengharapkan, setiap pengadil hendaklah mahir dan faham mengenai peraturan di atas padang selain itu tahu kedudukan sepatutnya ketika berada di atas padang.

'Bekalan 1-1 ke SDM'
Ternyata di atas kertas Pahang mempunyai kelebihan jaringan gol di tempat lawan. Walaupun begitu, pihak lawan harus beringat bahawa JDT akan bertandang ke SDM akan mendapatkan jaringan gol sebanyak mungkin dan kemungkinan jentera serangan JDT akan lebih menarik apabila Diaz diturunkan. Tiada istilah padang keramat bagi JDT, di mana tanah dipijak maka di situlah kejayaannya. Mungkin pihak media dan pihak lawan akan cuba melemahkan mentaliti dan semangat pemain-pemain JDT melalui serangan psikologi. Bagi JDT, itu bukanlah sesuatu yang menyukarkan kerana Altetico Madrid melakukan kejutan di Stamford Bridge jadi, tidak mustahil JDT melakukan kejutan di Darul Makmur pada 30 Mei 2014.

Sunday, May 4, 2014

SUKU AKHIR PIALA FA 2014


Bahang telah dirasai oleh seluruh rakyat Johor tidak kira di mana mereka berada dan kini kemunculan beberapa pemain baru yang telah diserap masuk ke dalam pasukan JDT akan memperkuatkan jentera pertahanan dan serangan JDT. Pertemuan di antara JDT dan Pahang telah menjadi satu pertemuan epik yang sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pahang telah berjaya mengalahkan JDT di dalam saingan liga super dengan keputusan 3-2 sepertimana yang berlaku pada tahun sebelumnya. 
Kini, telah tiba masanya misi membalas dendam ke atas kekalahan tersebut ditebus dan Pahang juga mempunyai misinya yang tersendiri iaitu menebus kekalahan di dalam saingan separuh akhir Piala FA 2013, apabila kekalahan yang memeritkan melalui jaringan di tempat lawan. Jadinya, kedua-dua pasukan ini akan bertungkus lumus memastikan bahawa malam ini akan menjadi detik yang mengembirakan bagi pasukan dan penyokong.

Kedua-dua penyokong samada dari Ultras Elephant Army dan Boys Of Straits (BOS) akan terus mengerunkan pasukan lawan dengan chant-chant yang akan meningkatkan semangat dan suntikan kepada pemain-pemain di atas padang. Stadium Larkin akan bergema diserata Johor Bahru, pekikkan gempita bunyian drum dan sorakkan yang tidak berhenti akan menambahkan kemeriahan pada malam ini. Apa yang diharapkan oleh Presiden PBNJ (Tunku Ismail) adalah pemuafakatan dan persaudaraan di antara penyokong. Biarlah menjadi seteru di dalam masa 90 minit di dalam stadium tetapi tidak diluar stadium, semangat 'Football is Brotherhood' perlu diterapkan di dalam diri setiap penyokong bolasepak.
Barisan kejurulatihan JDT akan menurukan pemain baharu iaitu Diaz (Midfelder) dan Antonio (Defend) kerana pihak JDT telah mengenalpasti beberapa kelemahan dan kelebihan pihak lawan. Diaz akan berfungsi sebagai pengucar-kacir bagi pertahanan lawan bagi membuka ruang kepada Mat Yo dan Luciano mencetak gol, manakala Antonio pula sebagai pelengkap barisan pertahanan JDT khususnya bagi mengekang asakan pihak lawan samada daripada Conti ataupun Dickson.
Diaz & Antonio
Secara amnya, line-up kedua-dua pasukan adalah sama kuat dan mempunyai kelebihan tersendiri. Kemungkinan corak pemainan lebih kepada kondisi menyerang dan counter attack. Oleh itu, langkah berhati-hati perlu diambil kerana pemain Pahang mempunyai kemahiran sepakan percuma yang mengelirukan dan mereka juga mempunyai pemain yang laju seperti Gopinathan. Melalui aturan dan taktikal yang akan diterapkan oleh Bojan Hodak maka kita percaya bahawa corak menyerang akan ditekankan sepertimana apa yang dilakukan oleh Pasukan Croatia. 
Andrezinho berjaya menjaringkan gol kemenangan pada Piala FA 2013

Diharapkan, pertemuan epik ini akan memberikan kemenangan selesa kepada Johor Darul Ta'zim seterusnya membawa bekalan selesa ke SDM pada 30 Mei 2014.

Thursday, April 24, 2014

KEBANGKITAN LIGA MALAYSIA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Apabila kita menyebut tentang bolasepak Malaysia bermula tahun 2000 hingga 2011 tampak suram. Walaupun begitu pada tahun 2009 terdapat satu pasukan negeri yang telah menunjukkan satu lonjakkan di dalam dunia bolasepak Malaysia iaitu Pasukan Kelantan. Bermula dari sini kita dapat melihat kegairahan penyokong kelantan membanjiri stadium dan sehingga saat ini gelora kelantanisme masih lagi menyusur di seluruh negara. Seharusnya kita perlu berbangga dengan Kelantan FA kerana mempunyai seorang tokoh presiden bolasepak yang sangat dikagumi ramai iaitu Tan Sri Annuar Musa (TSAM).

TSAM telah banyak merubah lanskap bolasepak Malaysia melalui Kelantan FA, kejayaan kelantan yang memenangi piala secara treble pada 2012 telah melonjakkan lagi semangat bolasepak Kelantan sehingga pelbagai penaja hadir memberi suntikkan dana kepada Persatuan Bolasepak Kelantan. 
Pasukan Kelantan 2012

Legasi yang dilakukan oleh Kelantan masih lagi tidak mampu membuka mata persatuan bolasepak lain untuk meneruskan perubahan sepertimana yang dilakukan oleh kelantan. Pada masa itu, kita merasakan hanya kelantan sahaja yang mendominasi liga Malaysia ini. Pada saat itu juga terdapat beberapa pasukan yang telah menunjukkan beberapa perubahan dan peningkatan yang mendadak iaitu Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah kendalian B Sathianathan. Melalui perlaburan yang besar, pihak ATM telah mengikat beberapa pemain kebangsaan seperti Aidil Zafuan, Zaqua Adha, Hairuddin Omar, Shukor Adan dan Rizal Zambery Yahya. Tetapi ianya masih lagi belum mampu membuka mata persatuan lain untuk terus membuat perlaburan di dalam dunia bolasepak.
Tunku Ismail

Pada penghujung 2012, pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah melantik Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Melalui perlantikkan ini maka bermulalah satu legasi baru yang merubah lanskap bolasepak Malaysia. Dengan perlaburan yang besar maka pihak PBNJ telah melakukan beberapa perubahan drastik dari segi pengurusan, perkhidmatan dan struktur pasukan. TMJ telah membentuk 2 pasukan utama di dalam liga Malaysia yang dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim FC dan Johor Darul Ta'zim 2 selain itu terdapat Johor Darul Ta'zim 2 Bawah 21 sebagai pelapis kepada skuad JDT dan JDT2. Kesungguhan PBNJ tidak perlu dipersoalkan apabila berjaya mengikat bekas pemain kebangsaan Spanyol iaitu Daniel Guiza. PBNJ juga mengikat beberapa orang pemain yang mempunyai skill yang tinggi seperti Semone Del Nero, Nunez, Adrezinho dan Orlando. Selain pemain antarabangsa pihak PBNJ juga berjaya mengikat hampir keseluruhan pemain kebangsaan untuk menyertai JDT seperti Mat Yo, Safee Sali, Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan ramai lagi.
JDT 2013

Dari segi perkhidmatan dan infrastruktur khasnya Stadium Larkin telah dilakukan beberapa perubahan dan penambahbaikkan. Perubahan yang dilakukan ini adalah mengikut piawaian antarabangsa seperti yang dilakukan oleh beberapa kelab ternama di eropah.
Legasi Bolasepak Johor telah berjaya membuka mata kepada seluruh kepimpinan negeri khususnya perlaburan di dalam dunia bolasepak. Langkah yang dilakukan oleh JDT telah memperlihatkan bahawa sukan bolasepak adalah satu sukan yang mampu menjana pendapatan sesebuah persatuan. Maka dengan itu, beberapa pasukan telah menunjukkan minat yang tinggi di dalam melakukan persaingan di dalam liga Malaysia antaranya Felda United, PDRM, Perak FA, Kedah FA, Penang FA, Sarawak FA, Melaka FA, Pahang FA, Terengganu FA, TTeam dan banyak lagi.

Dengan peningkatan yang mendadak sehingga wujudnya pelbagai kelab-kelab penyokong yang dikenali sebagai ULTRAS telah menunjukkan bahawa sukan bolasepak adalah sukan No.1 di Malaysia. Oleh itu, bagi meningkatkan mutu liga Malaysia seharusnya para penyokong elakkan melakukkan provokasi yang melampau sehingga menimbulkan pertelingkahan antara penyokong. Kita harus sedar, dunia melihat liga kita dan andai liga kita dicemari dengan insiden yang memalukan maka kita sendiri yang menanggung malu. Walaupun ada segelintir mahukan perubahan pada FAM tetapi kita janganlah sanggup menjatuhkan imej bolasepak kita. Sokonglah pasukan tanpa prajudis tanpa provokasi kerana kita dunia luar menghormati kita kerana ketinggian adab dan budi. Bolasepak untuk semua.

BAIHAKKI KHAIZAN & PERCATURAN PBNJ

Baihakki Khaizan
Beliau adalah seorang pertahanan yang begitu fleksibel, dengan corak permainan yang menakjubkan bahkan sentiasa bersemangat di dalam apa jua tentangan yang dihadapi. Semangat profesional di dalam diri beliau tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ini telah terbukti melalui siri-siri perlawanan termasuklah bekas kelab lamanya iaitu Lions XII. Melalui semangat dan kesungguhan beliau haruslah dicontohi oleh pemain-pemain tempatan kita. Kita sedia maklum, kadangkala semangat kenegerian masih lagi menebal di dalam diri seorang pemain sedangkan jika kita perhatikan pemain-pemain bertaraf antarabangsa mereka sentiasa menanamkan sikap profesionlisme dalam diri mereka. Kerana itu, mereka tetap komited di dalam semua aksi perlawanan yang dilangsungkan. Baihakki Khaizan atau panggilan pasarnya Bai, sentiasa mendokong visi dan misi pasukan yang diwakilinya kerana beliau menganggap menyertai pasukan lain seperti juga apa yang berlaku di negara-negara eropah.

Kita sedia maklum di atas berita penguguran beliau di dalam Skuad JDT, namun TMJ telah memaklumkan bahawa Bai adalah pembelian untuk pasukan JDT 2 yang diikat kontrak selama 4 tahun. JDT meminjam Bai sebagai langkah memantapkan pertahanan JDT sedangkan radar JDT masih lagi tercari-cari pertahanan yang dapat mengisi kekosongan posisi tersebut. Maka ternyata pihak PBNJ telah menemui Marcos Antonio Elias Santos.
Marcos yang menggantikan Bai
Apa yang diharapkan oleh para penyokong adalah kemenangan dan corak permainan yang meyakinkan, para penyokong tidak akan kecewa andai kekalahan yang dialami bukan menerusi corak permainan yang membosankan. Kami tetap setia bersamamu Johor dan kami sentiasa menyokong serta mendokong visi dan misi Presiden PBNJ. Walaupun tiada lagi kelibat Pablo Aimar, namun diharapkan salah seorang di bawah ini akan menyertai JDT suatu hari nanti. SETIA BERSAMAMU JOHOR!